Monday, June 16, 2008

Ambil perhatian

Berbalik kepada isu kenaikan minyak, terdapat ramai pihak samada pihak kerajaan, media (tv, suratkhabar, majalah dll) dan swasta cuba memberi beberapa cara untuk menangani isu kenaikan harga. Rentetan daripada isu tersebut, kita pun ada dengar yang mana kakitangan kerajaan akan menerima gaji 2 kali sebulan. Kakitangan kerajaan juga diberikan banyak elaun dan ura-ura beberapa keistimewaan lain seperti kadar pinjaman bagi rumah dan kenderaan yang rendah. Manakala bagi mereka yang melanjutkan perkhidmatan dengan kerajaan daripada umur 55 - 60 tahun akan mendapat gaji penuh apabila bersara nanti. Banyak faedah yang telah diberikan kepada kakitangan kerajaan.
Tapi kadang -kala kita lupa bahawa mereka yang berkerja dengan pihak swasta juga perlu diberi perhatian. Kesan daripada kenaikan gaji sektor awam telah memberi tamparan yang hebat kepada sektor swasta yang terpaksa survive dengan gaji yang sama. Kenapa mereka yang berkerja dengan pihak swasta tidak juga diberi keistimewaan.? Adakah pihak ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi Malaysia? Sepatutnya apa sahaja keputusan yang diambil terutamanya melibatkan "kuasa beli pengguna" kerajaan perlu juga membuat kajian terhadap kedua-dua sektor. Ini adalah kerana mereka yang bekerja swasta juga perlu makan, hantar anak ke sekolah, perlu tempat tinggal, perlu kereta dll. Ini menunjukkan seolah-olah pihak swasta hanya menumpang dan tidak memberi apa kesan terhadap negara ini bak kata pepatah umpama melukut ditepi gantang...

2 comments:

danny said...

semoga ada majikan swasta membaca tulisan ini. Lantas menyelaraskan semula gaji pekerja mereka. InsyaAllah bulan 7 kot... hehehe

Mc Zue said...

sinar hati saya bangga dengan penulisan ini...semoga ianya mendapat perhatian warga swasta yang lain...