Thursday, May 29, 2008

Semoga berbahagia...



Firman Allah s.w.t

"dan diantara tanda kekuasaanNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."


Ar-rum: ayat 21

Dalam Mencari Teman

Hayatilah....





Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha.



Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sekuat Siti Hajar. Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadeeja, kalau diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.



Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Dan tetaplah berdoa agar dia akan terus menjadi milikmu......Amin

Wednesday, May 28, 2008

Isteri sejati & Ibu mithali

Isteri sejati.
  1. Isteri sejati adalah isteri yang taat pada Allah s.w.t dengan melakukan segala tuntutan-Nya
  2. Tidak curang dan pandai menjaga rahsia, harta suami serta maruah diri sendiri.
  3. Seorang yang boleh memberi ketenangan dan tempat untuk suami meluahkan rasa hati.

Ibu mithali

Ibu mithali pula adalah ibu yang menjaga mulutnya daripada mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anak. Ini kerana apa yang ibu ucapkan itu merupakan satu doa untuk anak-anaknya. Sesetengah ibu tidak sedar akan situasi ini dan apabila marah, pelbagai perkataan diluahkan tanpa sedar ia boleh mendatangkan kesan kepada si anak.

"Biar sejahat mana sekalipun anak-anak, namun sebagai ibu harus mengawal percakapan. Ibu yang kejam adalah ibu yang tidak menghalalkan air susuannya terhadap anak-anaknya sendiri. Maka sebagai ibu harus mengatakan sesuatu yang indah dan baik sahaja untuk anak-anak mereka. Tidak mustahil kata-kata ini akan menjadi doa kepada mereka kelak. Insyaallah...

Buruk sangka musnahkan umat...

Pedoman.....

MENJAGA hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalaman hati sukar diduga, manakala fikiran melangkaui batas dan sempadan. Satu daripada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakkan daripada buruk sangka. Alah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain."
"Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."(Surah al-Hujurat, ayat 12).
Begitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakkan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.
Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan puas dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.
Sebagai contoh seorang wanita yang mengesyaki rakan sekerjanya, seorang gadis bujang, kononnya berkelakuan sumbang dengan ketua mereka. Ini adalah buruk sangka. Apabila wanita tadi bercerita dengan seseorang lagi rakan sepejabatnya, maka perbuatannya menjadi umpatan. Dan, perkara tidak benar yang dibincangkan adalah fitnah ke atas gadis berkenaan. Maka, apabila diketahui oleh gadis terbabit, terjadilah permusuhan.
Begitulah mudahnya suatu hati dan pemikiran yang jahat merosakkan hubungan insan. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kerana kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa pertuturan kita yang berlandaskan buruk sangka boleh menghancurkan hubungan sesama manusia.
Ini adalah peringatan untuk diri-sendiri dan rakan-rakan yang amat disayangi

Senaman kurangkan stres

DI PEJABAT

Tahukah anda dalam kesibukan bekerja anda masih boleh lagi melakukan senaman? Selain mampu menyihatkan badan, senaman juga mampu mengurangkan tekanan ketika bekerja. Ini adalah antara senaman atau gerakan yang anda boleh cuba ketika berada di pejabat;



  1. Duduk di kerusi, angkat kaki anda kira-kira 5cm daripada permukaan lantai. Luruskan kaki ke hadapan kemudian turunkan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 12 kali. Gantikan pula dengan kaki kanan.


  2. Duduk tegak di atas kerusi, tarik nafas dalam-dalam sambil menahan perut anda selama kira-kira 10 saat. Ulang sebnyak 12 kali. Senaman ini sangat berkesan jika ia dijadikan rutin harian di pejabat.


  3. Duduk tegak sambil kedua-dua kaki menapak di lantai. Letakkan kedua belah tangan anda ke sisi meja. Tekan belakang anda sekuat-kuatnya, tahan untuk beberapa saat kemudian lepaskan. Ulang sehingga kiraan 12.

Thursday, May 22, 2008

my sunshine

Penawar di kala duka......teman di kala sepi......penghibur di kala lara .....cahaya hatiku.....






Nur Khadeeja Safia






Nur Fatima El-Zahra














Wednesday, May 21, 2008

Berdengkur

Tahukah anda dengkuran boleh membawa maut... antara punca berdengkur dikenal pasti ialah bentuk mulut. Sekiranya seseorang memiliki lelangit yang lembut dan terlalu rendah, uvula panjang atau tonsil bersaiz besar, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara. Bagi mengurangkan dengkur :
1. Turunkan berat badan
2. Ubah posisi tidur
3. Hindari ubat tidur dan alkohol
4. Dapatkan rawatan doktor

Doa

Jika DOAMU dimakbulkan......tanda ALLAH menyayangimu....
Jika lambat ...tanda ALLAH mengujimu....
Jika tidak dimakbulkan tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu...insyaallah