Thursday, September 18, 2008

Hai rindu....nya..

Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-mubarak. Semoga bulan yang mulia ini memberi berkat kepada kita semua. Insyaallah.
Rasanya dah hampir dua bulan Lipi di tempat baru ni. Rindu pulak rasenya di tempat lama dan juga kawan-kawan. Sekarang lipi kerap berhubung dengan kawan-kawan melalui telefon je.. Tak sempat nak masuk blog. Bila kak Ja beritahu orang duk tanya dalam blog sunyi sepi je lipi ni. Sebab tu la tergerak jugak hati nak menulis walaupun isi kandungan tak seberapa sangat.
Pada kawan-kawan yang menyambut Syawal di Pantai Timur lipi nak jemput datang lah beraya rumah lipi kat Paka, Kemaman, atau kat Kuala Terengganu.
Pesanan lipi sempena bulan Ramadhan ni berbelanjalah dengan bijak (terutamanya mereka yang baru naik gaji).
Madi plak macamana persiapan raya tahun ni. Tak balik Malaysia ke?
Kak ja kirimlah kuih raya kat mc zue suruh dia hantar kat saya di Paka ni.
Mc Zue balik ni jangan lupa singgah kat rumah lipi.
D6 n kak Sue jemputlah datang kat rumah lipi tapi bukan di Indera Mahkota tapi di Paka.
Ok lah lipi nak gi kelas dulu nanti sambung lagi.

Wednesday, July 30, 2008

Hari terakhir ku di sini









Sebenarnya aku nak cerita tentang hari-hari terakhir ku di Shahputra. Tapi jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Macam biasa la masa ni orang dah tak ramai kat kolej. Jadi aku cuba mengambil peluang menulis blog. Tapi di kawasan tempat duduk aku ni semua tak balik lagi, mungkin nak menyaksikan saat-saat terakhir aku punch kad kot...he, he, he. Ni tunggu Kak Ja balik dari kelas, Mc Zue pun setia menemani aku maklumlah hand phone dia ngan PC aku. Nanti la sambung kemudian..ye dah tak sempat nak menaip ni..

Thursday, July 24, 2008

My workstation - meja



Dah sampai masanya aku tinggalkan meja kesayanganku, tempat aku mengadu nasib, meluahkan perasaan dan segalanya la. Perkara pertama bila datang tempat kerja ni mesti meja la tempat tujuan selepas mesin punch card (penting tu). Segalanya ada disitu. Itu lah jantung bagiku kalau di sini, aku rasa orang lain mempunyai pendapat yang sama kot. Sebab tu kedudukan meja itu penting, keadaan lampu, aircond dan persekitaran amat penting dalam menyumbang kepada mood aku dalam melaksanakan tanggungjawab seharian sebagai pensyarah.
Ada orang kata meja ni panas, ada yang kata ada "ong" dan ada juga kata pernah nampak entiti baru kat sini. Misterinya ..... Tapi tak pasti la kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yang pastinya aku happy duduk di meja ku ini....

Tuesday, July 22, 2008

Seronoknya..

SERONOKNYA



Bergambar di Uniten

Betapa gembiranya hati ini bila bertemu rakan-rakan lama, itu belum cukup corum lagi tu. Rasa macam banyak sangat menda nak bercerita. Bila kami (mc zu, d6, sukimang, fuzah, ja & lipi) berjumpa masing-masing sibuk nak bercakap tanyakan itu dan ini sehinggakan tak tahu nak jawab soalan sapa.

Sebenarnya pertemuan ini tanpa dirancang dan hanya mengambil masa yang sekejap sahaja. Terima kasihlah kepada d6 dan mc zue yang tolong bawak lipi jumpa kawan-kawan lama seronoknya tak terkata. Ni pun rasa macam banyak menda lagi tak settle nak bercerita. Cepat sangat masa berlalu.


Majlis penyerahan souvenier





Souvenier

Bila agaknya kita akan ada peluang macam ni lagi? Mesti rindu korang semua. Untuk Sukimang terima kasih banyak-banyak souvenier tu. Lipi suka sunflower. Untuk Ja terima kasihlah dapat jugak naik kereta baru (CCF), sempatlah ronda-ronda bandar Muadzam.


Posing dalam kereta baru


Makan ramai-ramai

Acara terakhir ialah kami semua menjamu selera.. SERONOKNYA....

Monday, July 21, 2008

Akhirnya...

Yahooo...akhirnya dapat peluang jugak nak menulis blog...dah lama berhibernasi...bukan apa tak de masa sebenarnya.....
Akhirnya....aku dapat menjejaki kaki ke tempat impian ku....seronoknya rasa hati ini...Walaupun ada banyak perkara yang perlu ku korban kan..Betul lah kata orang kita tak boleh miliki semua benda dalam satu masa dan kita perlu membuat pilihan yang terbaik...Kadang-kala memerlukan pengorbanan.
Akhirnya aku dapat apa yang ku impikan..setelah sekian lama aku menunggu peluang ini...Akhirnya aku dapat balik kampung asalku setelah hampir 13 tahun merantau di negeri orang...Akhirnya aku dapat menjaga ibu-bapaku dan tinggal disisi suami seperti teman-temanku....
Akhirnya aku tahu setiap kesabaran itu ada ganjarannya cuma yang paling penting BERDOALAH selalu kepada yang SATU...Insyaallah..pasti dimakbulkan olehya suatu hari nanti.
Akhirnya kita terpisah jua...Kepada sahabat yang disayangi dan dihormati sekalian ketahuilah dimana sahaja diri ini berada, walaubagaimana sekalipun keadaan diri ini yang pasti ingatan ku terhadap kalian semula tidak mungkin terpadam....

Thursday, June 26, 2008

Bekalan....kita

Bila kita rasa serba tak kena, macam-macam perkara dalam fikiran kita. Maka rasanya lebih baik tulis beberapa nasihat untuk diri-sendiri. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa ini. Semoga ia juga memberi penawar untuk rakan-rakan yang lain.


Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan, tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan dalam setiap hal yang anda amalkan.

Esok akan merekah bunga yang harum, baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati

Bukan emas permata yang mencantikkan anda, melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda; dan kekayaan anda adalah etika anda

Semua orang baik yang memiliki istana mahupun yang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani kehidupannya, tetapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagian dalam hidup?

Gunakanlah tiap detik untuk bertasbih, tiap minit anda untuk berfikir, dan tiap jam untuk beramal.

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkanlah: Laa ilaha Illallah.

Serahkan orang yang zalim ke mahkamah akhirat yang padanya tiada hakim, selain Allah.

Tuesday, June 17, 2008

Teka-teki hari ini

Pergi ke hutan membawa diri
Sambil memetik buah manjakani,
Kalau tuan bijak bestari,
Cubalah jawab teka-teki ini?
Ia mudah dilihat,
banyak-banyak berada didepan incubator,
kadang-kala berada di tengah air
dan jarang-jarang di belakang almari?
Cuba teka apakah ia?

Monday, June 16, 2008

Patah tumbuh hilang berganti


Dah hampir enam tahun dah bekerja di Kolej Shahputra, dan pelbagai perkara pahit dan manis yang dialami selama berada di sini. Bila diimbas kembali teringat wajah-wajah yang pernah sama-sama menabur bakti di kolej ini. Seperti Hada, Noni, Madier, Lokman, Sukimang, Ja, Fuzah, Imad, Noormad, Syikin, Shahril, Apai, Soleha, Yana, Linda, Ustaz Ahmad, Anas, Kak Fida, Kak Yati serta yang terbaru plak amli dan rasanye ramai lagi mungkin ada lagi yang akan menyusul. Sebak rasa hati ini.
Walaupun setiap yang pergi ada pengganti tetapi tak sama, bukan bermaksud yang baru tak bagus. Seperti lirik lagi Allahyarham P. Ramlee "Patah tumbuh hilang berganti" tapi mana nak sama si kucing belang ha..ha.. Takde la Rindu juga masa ada korang semua, masing-masing dah ada dunia sendiri dan tanggungjawab sendiri. Cuma yang penting kita semua tak lupakan each other..Semoga kita semua bahagia dunia & akhirat dan jauhkanlah daripada seksaan api neraka. Amin.

Ambil perhatian

Berbalik kepada isu kenaikan minyak, terdapat ramai pihak samada pihak kerajaan, media (tv, suratkhabar, majalah dll) dan swasta cuba memberi beberapa cara untuk menangani isu kenaikan harga. Rentetan daripada isu tersebut, kita pun ada dengar yang mana kakitangan kerajaan akan menerima gaji 2 kali sebulan. Kakitangan kerajaan juga diberikan banyak elaun dan ura-ura beberapa keistimewaan lain seperti kadar pinjaman bagi rumah dan kenderaan yang rendah. Manakala bagi mereka yang melanjutkan perkhidmatan dengan kerajaan daripada umur 55 - 60 tahun akan mendapat gaji penuh apabila bersara nanti. Banyak faedah yang telah diberikan kepada kakitangan kerajaan.
Tapi kadang -kala kita lupa bahawa mereka yang berkerja dengan pihak swasta juga perlu diberi perhatian. Kesan daripada kenaikan gaji sektor awam telah memberi tamparan yang hebat kepada sektor swasta yang terpaksa survive dengan gaji yang sama. Kenapa mereka yang berkerja dengan pihak swasta tidak juga diberi keistimewaan.? Adakah pihak ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi Malaysia? Sepatutnya apa sahaja keputusan yang diambil terutamanya melibatkan "kuasa beli pengguna" kerajaan perlu juga membuat kajian terhadap kedua-dua sektor. Ini adalah kerana mereka yang bekerja swasta juga perlu makan, hantar anak ke sekolah, perlu tempat tinggal, perlu kereta dll. Ini menunjukkan seolah-olah pihak swasta hanya menumpang dan tidak memberi apa kesan terhadap negara ini bak kata pepatah umpama melukut ditepi gantang...

Posing je..


Bila tengok anak-anak depan mata rasa hepi plak. Walaupun kadang-kala kita menghadapi banyak masalah dan juga dugaan. Itulah kenikmatan dan kekuatan yang diberikan oleh Allah yang tak ternilai harganya bagi diri ini. Alhamdulillah...

Thursday, June 12, 2008

Helping each other

Mula-mula rasa nak tulis tentang isu kenaikan harga minyak tapi bila Madier asyik sebut tagline mase belajo master iaitu "helping each other". Rasa terpanggil nak elobrate lebih lagi tentang each other ni. Terutamanya dalam keadaan sekarang ni kita memang memerlukan diantara satu sama lain.
Bagaimana nak mengatasi masalah yang dihadapi sekarang ni, kesan daripada keadaan ekonomi sedunia? Pada waktu ini la kita perlu helping each other. Sebagai contoh baru-baru ni Imad ada bagitahu yang sape- yang berminat untuk menambahkan pendapatan boleh melabur di dalam pemeliharaan lintah op sori bukan lintah tapi keli. Ianya hanya memerlukan RM 400 sahaja dan kita akan mendapat pulangan selepas empat bulan kalau tak silap la. Selain itu kita juga boleh melabur dalam peternakan ikan keli, belut dan cacing. Ini la masanya kita saling bantu-membantu.
Kak Zek ada pengetahuan dari segi pelaburan di adalam unit trust. Pulangan dalam pelaburan ini dijamin dan ia juga adalah islamic. Tapi mesti diingat untuk mendapat pulangan yang besar juga memerlukan kos yang besar, "high risk, high return". Dalam hal pelaburan ini kita hanya menjadi "sleeping partner" sahaja dan perlu sedikit kesabaran.
Bagi yang tak mampu membantu dari segi material pula boleh membantu dari segi sokongan moral. Seperti Mc Zue dan Ustaz madi selalu kata ini mungkin kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik bersungut sahaja so macam mana nak kuat hadapi keadaan sekarang ni. Bila harga barang dah naik tapi gaji tak jugak naik... terpaksalah tukar hobi kalau dulu suka shopping sekarang D6 dah bantu kita orang dengan memperkenalkan hobi baru iaitu create blog masing-masing. Kan bagus tu. Selari dengan perkembangan teknologi terkini. Banyak kebaikan dengan ada blog sendiri, boleh berkongsi dan bertukar informasi.
"So moral of the story, it's very important if we always practice helping each other!"

Thursday, May 29, 2008

Semoga berbahagia...



Firman Allah s.w.t

"dan diantara tanda kekuasaanNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."


Ar-rum: ayat 21

Dalam Mencari Teman

Hayatilah....





Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha.



Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sekuat Siti Hajar. Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadeeja, kalau diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.



Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Dan tetaplah berdoa agar dia akan terus menjadi milikmu......Amin

Wednesday, May 28, 2008

Isteri sejati & Ibu mithali

Isteri sejati.
  1. Isteri sejati adalah isteri yang taat pada Allah s.w.t dengan melakukan segala tuntutan-Nya
  2. Tidak curang dan pandai menjaga rahsia, harta suami serta maruah diri sendiri.
  3. Seorang yang boleh memberi ketenangan dan tempat untuk suami meluahkan rasa hati.

Ibu mithali

Ibu mithali pula adalah ibu yang menjaga mulutnya daripada mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anak. Ini kerana apa yang ibu ucapkan itu merupakan satu doa untuk anak-anaknya. Sesetengah ibu tidak sedar akan situasi ini dan apabila marah, pelbagai perkataan diluahkan tanpa sedar ia boleh mendatangkan kesan kepada si anak.

"Biar sejahat mana sekalipun anak-anak, namun sebagai ibu harus mengawal percakapan. Ibu yang kejam adalah ibu yang tidak menghalalkan air susuannya terhadap anak-anaknya sendiri. Maka sebagai ibu harus mengatakan sesuatu yang indah dan baik sahaja untuk anak-anak mereka. Tidak mustahil kata-kata ini akan menjadi doa kepada mereka kelak. Insyaallah...

Buruk sangka musnahkan umat...

Pedoman.....

MENJAGA hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalaman hati sukar diduga, manakala fikiran melangkaui batas dan sempadan. Satu daripada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakkan daripada buruk sangka. Alah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain."
"Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."(Surah al-Hujurat, ayat 12).
Begitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakkan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.
Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan puas dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.
Sebagai contoh seorang wanita yang mengesyaki rakan sekerjanya, seorang gadis bujang, kononnya berkelakuan sumbang dengan ketua mereka. Ini adalah buruk sangka. Apabila wanita tadi bercerita dengan seseorang lagi rakan sepejabatnya, maka perbuatannya menjadi umpatan. Dan, perkara tidak benar yang dibincangkan adalah fitnah ke atas gadis berkenaan. Maka, apabila diketahui oleh gadis terbabit, terjadilah permusuhan.
Begitulah mudahnya suatu hati dan pemikiran yang jahat merosakkan hubungan insan. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kerana kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa pertuturan kita yang berlandaskan buruk sangka boleh menghancurkan hubungan sesama manusia.
Ini adalah peringatan untuk diri-sendiri dan rakan-rakan yang amat disayangi

Senaman kurangkan stres

DI PEJABAT

Tahukah anda dalam kesibukan bekerja anda masih boleh lagi melakukan senaman? Selain mampu menyihatkan badan, senaman juga mampu mengurangkan tekanan ketika bekerja. Ini adalah antara senaman atau gerakan yang anda boleh cuba ketika berada di pejabat;



  1. Duduk di kerusi, angkat kaki anda kira-kira 5cm daripada permukaan lantai. Luruskan kaki ke hadapan kemudian turunkan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 12 kali. Gantikan pula dengan kaki kanan.


  2. Duduk tegak di atas kerusi, tarik nafas dalam-dalam sambil menahan perut anda selama kira-kira 10 saat. Ulang sebnyak 12 kali. Senaman ini sangat berkesan jika ia dijadikan rutin harian di pejabat.


  3. Duduk tegak sambil kedua-dua kaki menapak di lantai. Letakkan kedua belah tangan anda ke sisi meja. Tekan belakang anda sekuat-kuatnya, tahan untuk beberapa saat kemudian lepaskan. Ulang sehingga kiraan 12.

Thursday, May 22, 2008

my sunshine

Penawar di kala duka......teman di kala sepi......penghibur di kala lara .....cahaya hatiku.....






Nur Khadeeja Safia






Nur Fatima El-Zahra














Wednesday, May 21, 2008

Berdengkur

Tahukah anda dengkuran boleh membawa maut... antara punca berdengkur dikenal pasti ialah bentuk mulut. Sekiranya seseorang memiliki lelangit yang lembut dan terlalu rendah, uvula panjang atau tonsil bersaiz besar, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara. Bagi mengurangkan dengkur :
1. Turunkan berat badan
2. Ubah posisi tidur
3. Hindari ubat tidur dan alkohol
4. Dapatkan rawatan doktor

Doa

Jika DOAMU dimakbulkan......tanda ALLAH menyayangimu....
Jika lambat ...tanda ALLAH mengujimu....
Jika tidak dimakbulkan tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu...insyaallah